Falsafah Pendidikan Ma’ahad

Falsafah Pendidikan Ma’ahad.

Ma’ahad adalah merupakan satu institusi pendidikan alternatif Islam untuk memperkembangkan dan mempertahankan Ilmu Islam daripada hilang ditelan zaman. Oleh itu, Ma’ahad berpegang kepada falsafah untuk menyediakan proses pendidikan yang berkualiti supaya diharapkan pelajar-pelajar yang tamat pendidikannya di Ma’ahad ini akan dapat menguasai ilmu Islam dengan mantap dan mampu menguasai karya-karya agung tinggalan ulama’ silam (kitab-kitab turath). Disamping menjadi generasi ilmuan yang terdidik dengan tarbiyyah Islam secara menyeluruh (komprehensif) dan bersepadu bagi melengkapkan diri sebagai muslim yang berilmu, beramal dan bertaqwa. Diharapan juga pelajar-pelajar yang tamat pendidikannya di Ma’ahad ini akan dapat mempertahankan diri dan masyarakat daripada serangan fahaman sesat yang disebarkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dan menyelamatkan diri dan masyarakat daripada pengaruh kebendaan yang melanda umat Islam mutakhir ini.

MOTO MAAHAD.

Berilmu, Beramal, Berikhlas

SISTEM KURIKULUM MAAHAD.

Kurikulum Ma’ahad merupakan gabung jalin antara Hafazan Al-Quran , Ulum Addiniah dan Akademik (subjek teras sahaja). Namun begitu penekanan secara khusus dan intensif diberikan kepada Ulum Addiniah. Hal ini sejajar dengan Visi dan Misi Ma’ahad untuk membentuk dan melahirkan generasi Ulama’ yang mempunyai kemantapan ilmu dan ketrampilan unggul.

  • Teras pendidikan adalah Al-Quran dan Ulum Addiniah (kitab-kitab turath karangan Ulama’ silam).
  • Sistem tarbiah Islam merupakan pemangkin atau teras utama kepada dasar kurikulum Ma’ahad. Matlamat dan dasar tarbiyah diwujudkan secara bersepadu dan komprehensif (syumul) meliputi semua aspek seperti ibadah, adab, syaksiah dan disiplin.
  • Mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu agar seimbang daripada sudut intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan ajaran Islam.
  • Melahirkan anggota komuniti (jamaah) yang mampu menyebarkan ilmu kepada anggota komunitinya dan masyarakat amnya.

PENDEKATAN DAN METODOLOGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN.

  • Menggunakan pendekatan menggabungkan antara sistem tradisi silam yang penuh keberkatan dan sistem moden yang bermanfaat.
  • Meneruskan sistem pengajian secara talaqi dan berorientasikan penguasaan ilmu pengetahuan yang mantap.
  • Sistem pengajaran kitab “min bidayah ila nihayah” dari mula kitab sehingga khatam.
This entry was posted in MaahadTahfizFutuhilUlum and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a comment