Sumber Kewangan

SUMBER KEWANGAN.

Ma’ahad Tahfiz Futuhil Ulum adalah sebuah pusat pengajian yang bukan dibawah naungan kerajaan (NGO) dan tidak ada penajaan dari mana-mana agensi atau pertubuhan. Oleh itu segala kos pengurusan dan pembangunan adalah bergantuh sepenuhnya kepada sumbangan masyarakat umum yang berbentuk bayaran zakat, derma dan sebagainya samada dari dalam ataupun luar negeri. Justeru itu pihak pengurusan Ma’ahad telah mewujudkan satu jawatankuasa kecil pengurusan dana dan pembangunan yang terdiri dari ahli jawantankuasa kecil pengurusan dana dan pembangunan yang terdiri dari ahli jawatan kuasa kecil pengurusan dana dan pembangunan yang terdiri dari ahli jawatankuasa yang berperanan merangka strategi mengumpul dan menguruskan dana bagi menjayakan penubuhan Ma’ahad ini.

Advertisements
Posted in MaahadTahfizFutuhilUlum, Sumber Kewangan | Tagged , | Leave a comment

Latar Belakang Tapak Pembinaan Ma’ahad

Lokasi. Tapak cadangan pembinaan Ma’ahad ini adalah di Lot 1104 Kg Lubuk Ipoh Mukim Malau Daerah Kubang Pasu 06000 Jitra Kedah Darul Aman.

Tahap kemudahan atau akses. Amat mudah untuk ke lokasi tapak ini kerana ia berhadapan jalan utama Jitra-Malau dan hanya 5 minit dari susur keluar lebuhraya (Jitra-Malau) dan 8-10 minit dari pekan Jitra.

PERANCANGAN PEMBANGUNAN DAN PEMBINAAN MA’AHAD.

Perancangan pembangunan dan pembinaan Ma’ahad terdiri daripada tiga fasa :

  • Fasa Pertama : Pembelian tanah untuk tapak Ma’ahad.
  • Fasa Kedua     : Pembinaan Bangunan.
  • Fasa Ketiga     : Mengumpul Dana.

PENDAFTARAN.

Pusat pengajian ini telah didaftarkan di atas nama MA’AHAD TAHFIZ FUTUHIL ULUM. Sijil pendaftaran Ma’ahad Tahfiz Futuhil Ulum ini diperolehi pada 19 Disember 2011 dengan pendaftarannya AS0344711-M.

Posted in MaahadTahfizFutuhilUlum, Tapak Pembinaan | Tagged , , | Leave a comment

Falsafah Pendidikan Ma’ahad

Falsafah Pendidikan Ma’ahad.

Ma’ahad adalah merupakan satu institusi pendidikan alternatif Islam untuk memperkembangkan dan mempertahankan Ilmu Islam daripada hilang ditelan zaman. Oleh itu, Ma’ahad berpegang kepada falsafah untuk menyediakan proses pendidikan yang berkualiti supaya diharapkan pelajar-pelajar yang tamat pendidikannya di Ma’ahad ini akan dapat menguasai ilmu Islam dengan mantap dan mampu menguasai karya-karya agung tinggalan ulama’ silam (kitab-kitab turath). Disamping menjadi generasi ilmuan yang terdidik dengan tarbiyyah Islam secara menyeluruh (komprehensif) dan bersepadu bagi melengkapkan diri sebagai muslim yang berilmu, beramal dan bertaqwa. Diharapan juga pelajar-pelajar yang tamat pendidikannya di Ma’ahad ini akan dapat mempertahankan diri dan masyarakat daripada serangan fahaman sesat yang disebarkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dan menyelamatkan diri dan masyarakat daripada pengaruh kebendaan yang melanda umat Islam mutakhir ini.

MOTO MAAHAD.

Berilmu, Beramal, Berikhlas

SISTEM KURIKULUM MAAHAD.

Kurikulum Ma’ahad merupakan gabung jalin antara Hafazan Al-Quran , Ulum Addiniah dan Akademik (subjek teras sahaja). Namun begitu penekanan secara khusus dan intensif diberikan kepada Ulum Addiniah. Hal ini sejajar dengan Visi dan Misi Ma’ahad untuk membentuk dan melahirkan generasi Ulama’ yang mempunyai kemantapan ilmu dan ketrampilan unggul.

  • Teras pendidikan adalah Al-Quran dan Ulum Addiniah (kitab-kitab turath karangan Ulama’ silam).
  • Sistem tarbiah Islam merupakan pemangkin atau teras utama kepada dasar kurikulum Ma’ahad. Matlamat dan dasar tarbiyah diwujudkan secara bersepadu dan komprehensif (syumul) meliputi semua aspek seperti ibadah, adab, syaksiah dan disiplin.
  • Mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu agar seimbang daripada sudut intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan ajaran Islam.
  • Melahirkan anggota komuniti (jamaah) yang mampu menyebarkan ilmu kepada anggota komunitinya dan masyarakat amnya.

PENDEKATAN DAN METODOLOGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN.

  • Menggunakan pendekatan menggabungkan antara sistem tradisi silam yang penuh keberkatan dan sistem moden yang bermanfaat.
  • Meneruskan sistem pengajian secara talaqi dan berorientasikan penguasaan ilmu pengetahuan yang mantap.
  • Sistem pengajaran kitab “min bidayah ila nihayah” dari mula kitab sehingga khatam.
Posted in MaahadTahfizFutuhilUlum | Tagged , , , , | Leave a comment

Objektif Penubuhan

Objektif Penubuhan.

Ma’ahad ini diwujudkan dengan matlamat untuk melahirkan golongan atau generasi ilmuan yang memenuhi ciri-ciri berikut :

  • Generasi yang mencintai kalam ilahi, menghafaz, memahami dan mengamalkannya serta menguasai karya-karya ulama silam (kitab turath) seterusnya menyebarkan kepada masyarakat umum.
  • Melahirkan para ilmuan yang mempunyai kemantapan ilmu seterusnya dapat menyelesaikan permasalahan semasa di kalangan masyarakat.
  • Melahirkan generasi Islam yang berilmu, bertaqwa, beramal, berpenghayatan dan berakhlak mulia serta ikhlas dalam beramal dan berdakwah.
  • Beramanah dan bertanggungjawab pada agama.
  • Menyebar dakwah ilmu-ilmu Islam dengan jujur, tegas, berani dan berhikmah.
  • Melahirkan generasi yang mempunyai keperbadian akhlak yang beracuankan Al-Quran dan Sunnah.
  • Melahirkan sebuah institusi kekeluargaan yang menghayati nilai-nilai dan kehidupan Islam yang sebenar dimana anak-anak kasih kepada ibubapa dan hormat pada guru-guru serta sesama Islam.

Piagam Ma’ahad.

  • Pelajar dapat menguasai kemahiran asas 6M (Membaca, Menulis, Mengira, Menghafal, Memahami dan Mengamal).
  • Sentiasa mengemaskini proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) selari dengan arus perkembangan semasa dalam dunia pendidikan.
  • Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang ekslusif dan cemerlang.
  • Sentiasa pro aktif kepada setiap teguran, saranan dan pandangan yang kreatif dan inovatif ke arah kecermerlangan pendidikan yang lebih progresif.
  • Sentiasa mengembangkan potensi pelajar-pelajar berdasarkan kecenderungan bakat dan kebolehan masing-masing.
Posted in MaahadTahfizFutuhilUlum, Objektif Penubuhan, Piagam Maahad | Tagged , | Leave a comment

Mukaddimah

MUKADDIMAH.

Membentuk dan mendidik insan pewaris anbia’ adalah satu tugas yang mencabar dan memerlukan kesabaran dan usaha yang berterusan dari semua pihak. Ianya juga memerlukan satu sistem pendidikan yang syumul lagi tersusun serta pentarbiyahan yang mantap dan berterusan.

Tunas-tunas muda Islam perlulah digarap dan digilap dengan ilmu-ilmu Islam yang syumul (teori & amali) dan di lingkungi udara pentarbiyahan jiwa yang nyaman dan berterusan di awal usia muda mereka lagi. Melalui pendidikan dan pentarbiyahan yang berterusan inilah diharapkan nanti dapat melahirkan para anbiya’ dan dapat menjadi contoh teladan kepada masyarakat. Kaedah fiqh ada menyebutkan “Setiap apa-apa yang membawa kepada kewajipan yang dituntut, maka ianya adalah dituntut”.

Menyedari hal ini, penubuhan pusat pendidikan dan pengajian ini, Ma’ahad Tahfiz Futuhil Ulum mensasarkan generasi muda Islam yang berumur 5 tahun ke atas sebagai pelajarnya dan pengajiannya berteraskan pengajian Ulum Addiniah dan Tahfiz. Ma’ahad ini menggabungkan ciri-ciri sistem pendidikan Islam tradisi silam (sistem pondok) yang penuh keberkatan dan sistem moden yang bermanfaat. Matlamat Ma’ahad melalui penubuhan ini dapatlah melahirkan generasi mukmin yang dipimpin oleh ruh dan cahaya Islam, yang seterusnya memberi manfaat kepada dirinya, masyarakatnya dan negaranya, dunia dan akhirat.

MISI MAAHAD.

Melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan tinggi dan beramal soleh dengan syariah Islam.

VISI MAAHAD.

Menjadi sebuah institusi pendidikan alternatif yang unggul untuk membina dan membentuk serta melahirkan generasi ilmuan Islam (Ulama Rabbani) melalui proses tarbiah sebagai elemen terpenting.

Posted in MaahadTahfizFutuhilUlum, Mukaddimah | Tagged , , | Leave a comment

Salam Perkenalan

Assalamualaikum W.B.T.

Maaf. Blog Ma’ahadtahfizfutuhilulum ini masih lagi dalam pembinaan.

Posted in Uncategorized | 1 Comment